Woo-hoo!This blog is in the newspaper with 2 awesome pages!

SubhanAllah.Alhamdulillah…

Someone contacted me in facebook (www.tinyurl.com/putrifacebook) to get hold of me for an interview.That was 1-2 months back.

Then last week, a reporter from Berita Harian (Local Malay newspaper) contacted me and schedule to meet up for an interview.I am so honoured for the opportunity given….Alhamdulillah.

We meet up last Tuesday and was told that the article featuring me and my blog will be published this weekend.I was like…what?So fast? I have not even calm down yet…heheh!

The reporter, Mr Hadi is a nice young man. He was also the photographer.It was a short and sweet meetup.

Anyway, anticipating my absence in embracing the local weekend papers cos perhaps I need to rush to Malaysia for some errands, I shout out to the fans in the facebook…asking them to take note and be on a lookout for me this weekend….but unknowingly, the article was published today…(thanks! for informing me)

I wonder whether the mamak @the prata shop’s exceptionally good treatment towards me has anything to do with the article *deep thoughts ..Nah, I think its the camera flashlights when i took shots of his pratas…hehe!

And so by lunch time, I tried to find any “leftovers” BH and its was mostly sold out…Hmm…luckily for some family members who heard it from other distant relatives and friends, bought some home for me…Phew!

As I read it, I thought it will be just a small section but turned out to be a whopping 2 wholesome pages…and luckily the photo taken of me is of ZEN state and posture…Alhamdulillah.

Alhamdulillah.(Not in any particular sequence of importance.Everyone is EQUALLY Important to me) Thank you dear fans,readers….and especially to the MBs (Makan Buddies), MEB (meet eat and burp regular devotees),Ms Aidah (site admin),Mr Shahlan (for his endless patience in regards to my many HALAL issues referred/discussed) and not forgetting Berita Harian and Mr Hadi who take some time to check my blog out and interview me and giving me a bigger exposure than ever…and of course my parents n family that have stood firmly behind with those shiny pom-poms ..(Yeah u can perform one victory dance now..hehe!).And also Halal Magazine for first putting my blog in their established mag in 2008 and then Manja magazine for that vote of confidence in the budget food tour…and erm Muslim organisations/halal authorities (im not sure whether I can disclosed the names but thank you for replying n guiding me in some Halal areas.Jazakallahu Khair).Thank you for the endless support and prayers/supplications (dua)….-again, I have always been visualising myself as a drama-mama academy award winner” so dont mind my long windedness…hehe!

As for me wanting to be muslimah version of Anthony Bourdain’s travel programs…Hmm, anything is possible right?Just got to believe and have faith. Insya-Allah…amin.

Ok this is the article…

(I fear that the link might expire as time goes so Im gonna copy and paste…U can use google translate..)
21 Jan 2010
EKSTRA!
Putri Berendam kaki makan
Bermula sebagai reviu makanan di kejiranan, kini blog meliputi hidangan di serata dunia

Blog makanan sering menjadi antara yang paling popular, maklumlah makan adalah antara kegiatan kegemaran warga setempat. Blog putriberendam.com tidak terkecuali. Sejak dimulakan, ia dengan pantas menjadi sumber rujukan makanan halal bagi ‘kaki-kaki makan’. NAZRI HADI SAPARIN bertemu penulisnya.

ASALKAN nampak air – tidak kira kolam renang, sungai, air terjun, kolam air panas ataupun laut – hati Cik Lina Masrina Masroom pasti terangsang untuk berendam.

Selain bermain air, satu lagi kegiatan kegemarannya ialah makan.

Lantas, tidak hairanlah apabila beliau membuat keputusan untuk memulakan blog atau diari maya mengenai makanan, Cik Lina mengambil nama julukan Putri Berendam untuk blognya itu.

Tambahan pula, semasa beliau mendapat ilham bagi memulakan blog tersebut pada Mei 2007, Cik Lina sedang seronok berendam di kolam renang.
‘Saya memang hantu air,’ katanya sambil tertawa, separuh malu dan separuh berjenaka.

Selepas selesai ketawa, beliau, yang memang ceria orangnya, menambah:

‘Di mana ada air, di situ ada saya. Dulu semasa zaman sekolah pun saya aktif menyertai sukan air seperti windsurfing, berkanu dan bot naga.

‘Jadi, apabila memikirkan nama blog, saya mahukan nama yang unik dan berkaitan dengan makanan. Jadi terlahirlah putriberendam.com.’

Kini, blog Cik Lina itu, seorang guru Qiraah (asas Al-Quran) dengan sebuah badan Islam setempat, menerima antara 300 dengan 500 kunjungan setiap hari sementara di akaun Facebook Putri Berendam pula, beliau mempunyai lebih 500 ‘peminat’.

Beliau juga mendekati ‘peminatnya’ menerusi Twitter.

Putriberendam.com bermula sebagai blog reviu makanan di kejiranan dan tempat-tempat makanan setempat.

Cik Lina berkata beliau terdorong memulakan blog sedemikian kerana kesukarannya mendapatkan reviu dan saranan tempat makanan halal di Singapura, sedangkan blog-blog makanan tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Lantas, beliau mengorak langkah meneroka serata pulau Singapura dalam usahanya mencari tempat-tempat makanan halal bagi mencurahkan pandangannya di dalam blog.

‘Secara tidak langsung juga saya menawarkan ‘khidmat’ kepada orang-orang yang kaki makan macam saya.

‘Pembaca saya pun kadangkala turut menyarankan tempat-tempat baru makanan kepada saya, malah kami selalu keluar makan bersama,’ katanya, yang enggan mendedahkan soal keluarga.

Bagaimanapun, Cik Lina akur puteriberendam.com bermula sebagai sekadar sebuah hobi.

Namun, setelah menerima banyak maklum balas positif dan komen serta e-mel daripada keluarga, sahabat-handai dan orang- orang yang tidak dikenali yang mendorongnya mengembangkan blognya itu, Cik Lina berkata beliau terangsang untuk memperbaiki diari mayanya itu.

Justeru, daripada tempat makanan setempat, kini blog Cik Lina berkembang ke pentas global.

Beliau turut menulis mengenai tempat-tempat makanan halal di negara-negara yang dilawatinya seperti di Malaysia, Asia Tenggara, Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah.

Kebanyakan lawatan itu beliau lakukan seorang diri.

Di Malaysia, beliau melancong secara backpacking dengan menaiki bas atau kereta api kerana mahu menikmati sajian halal di jalanan yang tersedia di seberang Tambak.

Sebagai kaki makan, beliau juga tidak teragak-agak mencuba pelbagai jenis hidangan di negara-negara yang dilawati, asalkan makanan itu halal.

Contohnya, baru-baru ini di Sungai Besi, Kuala Lumpur, beliau sempat mencuba hidangan daging landak.

‘Sedap,’ katanya. ‘Rasa macam daging ayam,’ tambah beliau, sambil mengangguk-anggukkan kepala seolah-olah cuba meyakinkan penulis.

Dalam pengembaraannya di Maghribi tahun lalu pula, Cik Lina telah menikmati satu lagi sajian eksotik negara itu.

‘Sejak kecil lagi, ibu bapa saya memang suka membawa saya dan adik melancong dan mengenali budaya dan cara hidup warga asing.

‘Jadi, sikap meneroka dan mengembara itu memang sudah ada dalam diri saya sejak kecil lagi.

‘Sebab itulah tidak ada masalah bagi saya masukkan benda-benda ganjil ni ke dalam mulut’ katanya, sambil tertawa besar.
Bagaimanapun, blog Cik Lina tidak terlepas daripada mengundang beberapa komen sinis daripada golongan ‘ekstrem’.

Mereka mengkritik kesahihan tempat-tempat halal yang dipaparkan di dalam blognya.

‘Alasan mereka agak radikal. Contohnya, mereka mempertikaikan sama ada tempat itu betul-betul halal kerana bagi mereka, ia hanya halal kalau pelayannya juga Muslim.

‘Sampaikan ada yang menegur saya dengan alasan bahawa Muslimah tidak boleh melancong seorang diri,’ katanya sambil menggelengkan kepala.

Namun, Cik Lina menerima semua itu dengan hati terbuka dan enggan membiarkan tindakan golongan kecil tersebut mematahkan semangatnya.

Malah, beliau mempunyai impian besar bagi blog yang dimulakannya sebagai hobi itu.

Menurutnya, matlamat beliau ialah menjelajah serata dunia dengan misi mencari makanan halal.

‘Saya percaya ada Muslim di hampir setiap pelosok dunia ini. Impian saya ialah memaparkan cara hidup mereka, budaya dan paling penting, makanan mereka.

‘Dan kalau impian saya menjadi kenyataan, Muslim boleh melawat ke mana sahaja dan tidak perlu bimbang untuk mendapatkan makanan halal.

‘Saya juga memendam angan-angan mahu menjadi hos rancangan makanan sendiri di televisyen, macam Anthony Bourdain. Doakanlah ya untuk saya,’ katanya, sambil tertawa.

p.s: The only mistake is that Sungei Besar instead of Sungei Besi…and it is in Selangor…and the radical and extremist thingy is not the word from my mouth…

Its just that blogs are meant to be read with an open mind.Think positively wherever u go.Think good of the people and ur surroundings.Remove those negativity that might refrain u from enjoying the greater good.Everything comes from the intention insya-Allah.

We are humans,we make mistakes..and we must learn from our mistakes.We must get up fast everytime we fell ..We need to think positive ,and lots of encouragement and motivations are needed for us to go forward and achieve SUCCESS.Together we can excel in both worldy and hereafter,insya-Allah amin…..

Remember HALAL is every muslim’s responsibility.What I showcase here is up to my best understanding of Halal.I’ve done my best and research but I can make mistakes cos I am human. U can use it as a guide but mainly ask ur iman (ur innermost thoughts within ur heart) whether it is HALAL.I cannot vouch that eveything I showcase here will be permanently HALAL thru out the seasons, u still need to check out the HALAL certificates being displayed /thru Halal websites.Your body,your responsibility.-Consumer empowerment…Use it well.

And if u do see me in public with unmatching “pajamas” attire and a camera hanging on my neck ,do say salamz/hi or give me a hi-5, I promise I wont bite …hehe! -Putri

Oh by the way..if u wonder where are the food shown in the articles:

1) My favourite Malay Chicken rice:

2)My favourite Duck Curry (Tuesdays only):
4)My favourite seafood from the west:
5)My favourite cheap thrills:

Enjoy!

Luv,Putri

(Visited 4 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *