FREE BRIYANI for foreign muslim workers (30 sept)

(sorry in Malay but to read my summary in english, refer below…)
NASI BERIANI AMAL UNTUK PEKERJA ASING BUKA PUASA

SATU acara pengagihan nasi beriani amal kepada para pekerja asing akan diadakan sempena Ramadan ini.

Bakal berlangsung pada 30 September ini, penganjurnya, Persatuan Hand-in-Hand, berharap untuk mengumpul sekitar $30,000 bagi memastikan acara ini berjalan dengan sempurna.

Ini termasuk kos membeli bahan masakan selain peralatan seperti khemah untuk menjayakan majlis tersebut.

Pengasas dan presiden pertubuhan itu, Cik Zarina Abdullah, berkata pihaknya akan menyediakan bungkusan nasi beriani amal termasuk lauk kurma, buah-buahan dan air kotak untuk sekitar 5,000 pekerja asing, dan beberapa penduduk setempat.

Acara itu bakal berlangsung di tanah lapang bersebelahan Masjid Angullia mulai 5 petang…quoted from cyberita
————————————————————–

(Visited 2 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *